BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Rabu, 30 September 2009

Selamat Berpuasa...Enam



~Berlalulah sudah Ramadhan, sebulan berpuasa,
Tiba Syawal kita rayakan dengan rasa gembira~

Begitulah antara lagu yang berkumandang di mana-mana setiap kali Hari Raya Aidilfitri menjelma menandakan kemenangan bagi umat Islam. Aidilfitri disambut dengan pelbagai maksud. Ada yang menyambut raya sebagai tanda kemenangan, ada yang menyambut setelah susah payah beribadat di bulan Ramadhan seolah-olah tiada lagi ibadah yang perlu dilakukan pada bulan Syawal dan seterusnya.

Perlu diingatkan bahawa kehadiran Ramadhan bukan sahaja untuk kita pulun ibadah banyak-banyak, tapi ianya juga sebagai 'mentenance' kepada diri kita supaya terus istiqamah melakukan ibadah di bulan puasa dan bulan selepas puasa. Bukanlah menyambut raya dengan pelbagai pembaziran, maksiat, joli sana-sini, tetapi sambutlah ia dengan bersederhana dan mengambil peluang tersebut dengan merapatkan hubungan kekeluargaan, rakan, yang mungkin renggang sebelum itu.

Kemudian, seperti yang kita tahu, Pencipta kita tu amatlah Maha Pemurah. Kerana pada bulan Syawal pun masih lagi diberi pelbagai ganjaran yang tidak harus tidak, mesti kita ambil untuk bekalan kita di akhirat kelak. Ramadan telah berjaya membentuk keperibadian yang tinggi terhadap seseorang dalam menjadi insan yang bertaqwa. Maka penerusan amalan ibadah adalah dengan mengerjakan puasa sunat Syawal atau lebih dikenali dengan puasa enam bagi masyarakat kita. Dalil disyari’atkan ibadah puasa sunat Syawal adalah sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam:
Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan laludiiringinya dengan puasa enam hari di bulan Syawal,maka seolah-olah dia telah berpuasa sepanjang masa. -Hadis riwayat Imam Muslim di dalam Shahihnya, no: 1164 Menerusi hadis di atas dapat kita fahami bahawakeutamaan puasa sunat pada bulan Syawal adalahseolah-olah dia berpuasa sepanjang tahun. Menurut Syaikh ‘Abdullah al-Bassam:
Barangsiapa berpuasa enam hari pada bulan Syawalsetelah Ramadan maka seakan-akan dia berpuasa fardusetahun. Ini adalah kerana satu kebaikan di balas dengan sepuluh kali ganda sepertinya. Puasa pada bulan Ramadan dibalas dengan ganjaran bersamaan sepuluh bulan (iaitu bersamaan dengan 300 hari), puasa enam hari (pada bulan Syawal) pula mendapat ganjaran sebanyak dua bulan (iaitu bersamaan dengan 60 hari),yang demikian itu menjadi sunah yang sempurna, maka tercapailah pahala beribadah setahun tanpa kesulitan sebagai kurnia daripada Allah dan nikmat ke atas hamba-Nya. – Taudhih al-Ahkam min Bulughul Maraam,jilid 3, ms. 576, Pustaka Azzam.

Cara yang paling utama untuk melaksanakannya adalah memulakan berpuasa sesudah Hari Raya Aidilfitri secara langsung (iaitu pada tarikh 2 Syawal), berturut-turut sebagaimana yang ditetapkan oleh para ulamak. Ini juga merupakan pendapat Imam Abu Hanifah dan Imam al-Syafi’i. Namun begitu seseorang juga bebas memilih mana-mana hari sepanjang bulan Syawal sama ada di awal, pertengahan mahupun akhirnya bahkan dia juga boleh mengerjakan secara berturut-turut mahupun berpisah-pisah.

Jadi, dikesempatan Syawal yang masih berbaki lagi ini, marilah kita sama-sama terus mengejar keredhaan Allah dengan memperbanyakkan amalan dengan berpuasa enam dan teruskan dengan ibadat yang lain. Wallahu'alam.

Sumber:akob