Sebarkan salam wahai teman
sebarkan kasih sayang wahai saudara
sebarkan cinta bertautlah ukhuwah
berita gembira buatmu wahai si duka
bahawa kamu tidak sendiri
inilah kekuatan persaudaraan mukmin sejati
kamu tidak akan dibiar duka sendiri
tetapi dukamu dikongsi
hingga duka jadi ceria
jika kamu percaya
ketahuilah bukan saja saudaramu kan tiba
tapi lebih bahagia dari itu
Allahu Rabbana akan mendekati diri
jika kamu percaya
bahawa mendekatkan diri pada Allah itu
adalah jalan gembira buat semua hati yang duka
wahai insan-insan yang berduka
jangan lagi melukakan dirimu yang duka
senyumlah dan pandang dunia dengan tabah
amanah Allah menantimu wahai pejuang muda
tiada yang lebih gembira
daripada menjadi pejuang yang berbaris di medan juang
jalan Tuhanmu,Tuhanku, Allah Yang Esa
kita mencintaiNya
Dia mencintai kita
Lalu dibukakan jalan permudah apa saja urusan yang ada
Dia memberi rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka
Bukan kejayaan atau rezeki yang menjadi tujuan hati
tapi mencari redhaNya,kerna itulah ubat segala luka
yang tercoret di dalam hati
cerialah dan gembira
namun jangan mencari duka di jalan yang dimurka
jika terbabas melangkah jua ke sana
ketahuilah bahawa dengan pantas kamu bertaubat
itulah jalan orang-orang yang bertaqwa
jangan hanyut
jangan tenggelam
jangan dibuai dibelai di dalam dunia dosa
tiada duka yang lebih parah
bukan sekadar luka
bukan sekadar nanah
bukan sekadar sakit
tetapi duka yang lebih berduka
adalah menjadi hamba Allah yang dimurka
Mazhab (Sosiologi) Pendidikan: Punca Kita Sukar Sependapat
-
Pendahuluan Mengapa perbincangan tentang pendidikan sering kali menimbulkan
perbezaan pendapat? Sudah tentu, ini bermula daripada perbezaan di antara
penda...
2 hari yang lalu
0 ulasan:
Catat Ulasan