BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Khamis, 18 Jun 2009

Tips Berbelanja Cara Islam



Berbelanja adalah perkara biasa yang dilakukan setiap orang. Hampir setiap hari, ada saja benda yang nak dibeli. Sama ada barangan dapur, barangan harian, dan termasuk juga perkhidmatan. Kita juga seringkali mendengar tips jimat berbelanja, pengurusan perbelanjaan dan sebagainya. Tapi, tahukah kita bagaimana pula caranya berbelanja mengikut cara Islam.

Dalam Islam pun ada cara berbelanja juga kah? Mestilah, Islam itu kan syumul. Tapi, ini adalah tentang bagaimana kita meletakkan pemikiran kita dalam berbelanja, iaitu pemikiran Islam atau Fikrah Islamiyah. Betapa pentingnya kita sebagai umat Islam berfikir secara Islam dalam setiap perbuatan yang kita lakukan.

Berikut adalah tips atau langkah-langkah yang patut kita ambil ketika hendak berbelanja:

1. Setting Niat
Setiap amalan yang dimulakan dengan niat, insyaAllah, ianya menjadi satu ibadah. Niatkan bahawa kita berbelanja untuk mendapat keredhaan Allah.

2. Senaraikan
Senaraikan barangan yang hendak dibeli, kuantiti, dan anggaran harganya sekali. Ini penting bagi memudahkan kita tidak terlupa barangan yang hendak dibeli. Utamakan barangan yang kritikal dan penting dahulu. Letakkan julat perbelanjaan yang sesuai dan tidak keterlaluan. Contohnya, sekiranya jumlah anggaran semua barang bernilai RM187.50, maka julat yang boleh dibelanja adalah sekitar RM180 - RM200. Ini kerana, kadang-kadang kita terlupa untuk menyenaraikan barang yang penting.

3. Barangan halal dan baik
Ini adalah perkara yang wajib diambil perhatian. Pastikan barangan yang telah disenaraikan dan dibeli adalah barangan yang diyakini halal dan juga baik untuk diri. Sebagai contoh, pastikan barang tertentu mempunyai cop Halal Jakim dan diyakini. Juga jangan amalkan membeli makanan yang diproses atau yang mengandungi bahan kimia, atau bahan pewarna dan perisa tiruan yang ternyata boleh memberi implikasi buruk terhadap kesihatan diri.

4. Boikot barangan Israel
Kita sebagai Muslim hendaklah menyayangi saudara kita di Palestin yang tertindas kerana kerakusan rejim Zionis Laknatullah itu. Maka, menjadi tanggungjawab kita untuk memulaukan barangan yang berkaitan dengan Israel. Ini kerana, mereka mendapat keuntungan bukan berbillion, tapi bertrillion dollar setahun dan menggunakan dana itu untuk serangan ke atas Gaza. Jangan terpengaruh dengan masyarakat kita yang masih tidak endah dengan kempen boikot ini atau boikot bermusim.

5. Utamakan peniaga Muslim
Sekiranya kita boleh membuat pilihan, maka utamakanlah berbelanja dengan peniaga Muslim. Selain ingin membantu menjana ekonomi umat Islam, kita pasti dapat mengagak ke mana agaknya wang hasil jualan itu dibelanjakan. Adakah peniaga bukan Islam akan menderma di masjid? Kalau ya, adakah dia mendapat pahala dan memasukkan saham kita sekali? Kalau peniaga Muslim pula? Kita tentu tahu jawapannya bukan. Ini dikenali sebagai jaringan amal. Orang lain buat amal kebaikan disebabkan kita, kita dapat sahamnya juga. Begitu juga sebaliknya.

6. Utamakan peniaga tua/berumur/dewasa
Hal ini adalah sangat optional. Saya katakan begini kerana kita hanya mengambil kira kemungkinan dan kebiasaan masyarakat pada hari ini. Sama seperti tips no.5, ke mana agaknya wang hasil jualan akan dibelanjakan. Kemungkinan untuk orang tua/berumur/dewasa akan membelanjakan wang hasil jualan kepada sesuatu yang lebih bermanfaat adalah tinggi. Contohnya, belanja anak sekolah, kelengkapan rumah dan dapur, masa depan anak dan sebagainya. Berbanding peniaga muda/bujang yang mungkin membelanjakan hanya untuk diri sendiri dengan membeli telefon bimbit yang mahal, PSP, belanja kekasih, aksesori kereta, motor, computer yang kurang bermanfaat dan sebagainya. Tapi, sekali lagi saya katakan, ini adalah sangat optional, mungkin ada juga peniaga muda/bujang yang menggunakannya untuk berdakwah.

Apa yang hendak ditekankan dalam tips ini adalah bagaimana kita menerapkan pemikiran Islam secara kritikal dalam berbelanja, tidak menyentuh soal system muamalat dalam Islam. Semoga setiap amalan kita mendapat keredhaan-Nya, insyaAllah. Selamat beramal. Salam…

0 ulasan: