BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Khamis, 24 Disember 2009

Kita Muslim yang leka?


In the name of Allah the Most Gracious the Most Merciful


Pada zaman dahulu, ada seorang tentera kafir yang telah ditugaskan untuk pergi mengintip ke negara Islam. Beliau ingin mencari kelemahan orang Islam supaya tentera kafir mudah menumpaskan tentera Islam.

Sedang beliau berjalan di sebuah kampung, tiba-tiba beliau ternampak seorang pemuda sedang duduk di tepi sungai dan menangis keseorangan. Lalu pengintip kafir itu pun mendekati pemuda itu dan bertanya, "Kenapakah engkau menangis wahai pemuda." Lalu pemuda itu menjawab, "aku menangis sebab tidak di benarkan untuk ikut pergi berperang bersama tentera Islam yang lain." Kemudian, pengintip itu berfikir bahawa umat Islam pada ketika ini masih kuat kerana sifat pemudanya yang kuat ingin berjihad menegakkan Islam. Beliau balik ke negara asalnya dan melaporkan kepada pemerintah tentang hal tersebut. Pemerintah tersebut membuat keputusan untuk tidak menyerang negara Islam tersebut kerana umatnya masih kuat.

Selang beberapa tahun kemudian, perkara yang sama dilakukan dengan menghantar pengintip ke negara Islam tersebut. Sedang berjalan-jalan di sekitar kampung, pengintip kafir itu terlihat seorang pemuda sedang menangis di satu tembok keseorangan. Lalu pengintip itu mendekati pemuda itu dan bertanyakan soalan yang sama," Kenapa kau menangis wahai pemuda," lalu pemuda itu menjawa, "aku menangis sebab senjata panah aku hilang dicuri orang." Pengintip itu berfikir bahawa umat Islam di negara tersebut masih kuat kerana kesedihan kerana kehilangan senjata yang digunakan untuk peperangan. Sekali lagi pemerintah kafir tidak jadi untuk menyerang negara Islam tersebut.

Perkara yang sama juga dilakukan beberapa tahun kemudian. Pengintip di hantar untuk mengetahui kekuatan umat Islam. Sedang berjalan, terlihat pula seorang pemuda yang sedang menangis keseorangan. Sekali lagi pengintip itu mendekat dan bertanya, " kenapa kau menangis wahai pemuda?" Kali ini pemuda itu menjawab, "aku menangis kerana kekasih aku telah meninggalkan aku." Dengan serta merta pengintip itu tersenyum dan terasa gembira di dalam hati. Ini kerana beliau merumuskan bahawa pada ketika ini umat Islam tidak kuat lagi kerana memikirkan hal-hal keduniaan dan remeh temeh. Setelah pulang dan melaporkan kepada pemerintah, beliau membuat keputusan untuk menyerang negara Islam tersebut kerana inilah masa terbaik untuk mengalahkan Islam yang sedang dalam kelalaian dan sibuk dengan hal masing-masing.

Dalam peperangan tersebut, tentera kafir berjaya mengalahkan tentera Islam dan menakluk negara tersebut. Maka, tergadailah negara Islam itu kerana umatnya yang leka dengan kecintaan kepada dunia, takutkan akan kematian, leka dengan harta yang diperoleh, hiburan yang melampau, dan sebagainya. Adakah perkara ini masih berlaku pada hari ini? Kemana hilangnya kecintaan kita kepada Islam?

0 ulasan: