BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS �
Memaparkan catatan dengan label puasa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label puasa. Papar semua catatan

Rabu, 18 Ogos 2010

Cerita Tentang Habib Bourguiba



Bismillah...

Cuba kita bezakan dua pernyataan ini yang diluahkan oleh seseorang pada hari pertama Ramadhan:

1. 'Saya sakit kepala sebab hari ni saya puasa'
2. 'Saya sakit kepala sebab dah lama saya tak puasa'

Keterangan: kekurangan gula dalam badan yang mendadak boleh menyebabkan seseorang mudah mengalami sakit kepala pada sesetengah orang. Apabila kita berpuasa, gula dalam badan akan berkurang dengan mendadak. Tapi perkara ini tak berlaku bagi mereka yang selalu berpuasa sunat pada bulan selain Ramadhan kerana kejatuhan gula adalah secara berkala. Kenyataan no. 1 seolah-olah menyalahkan puasa kepada penyebab beliau sakit kepala. Kenyataan no.2 pula menyalahkan diri sendiri kerana kurang amalan puasa sunat sebagai persediaan memasuki bulan Ramadhan.

Ini pula cerita sang Presiden Tunisia, Habib Bourguiba, yang mana pada tahun 1961 beliau telah menggemparkan umat Islam di seluruh dunia dengan mengeluarkan perintah melarang rakyatnya, terutama dari kalangan kakitangan awam daripada berpuasa di bulan Ramadhan. Untuk menunjukkan tahap keseriusan beliau dengan perintah ini, Habib Bourguiba telah muncul bersama anggota kabinetnya secara langsung di televisyen pada tengahari Ramadhan dan makan beramai-ramai dengan mesej,"kami memaksudkan apa yang kami kata!" Alasan beliau terhadap larangan tersebut adalah puasa mengurangkan produktiviti negara.

Mari kita membuat satu analogi, sekiranya kita melihat sebuah kereta Mercedes Benz terbengkalai di tepi jalan kerana terlanggar tiang lampu, adakah kita akan menyalahkan kereta Mercedes tersebut dan teknologinya? Tentu tidak bukan. Kita pasti menyalahkan pemandunya kerana setelah diberi kereta yang mewah dengan teknologi yang hebat, masih lagi berlaku perlanggaran.

Begitu juga dengan kita yang telah mendapat Islam dengan bimbingan Al-Quran dan Sunnah yang diyakini terbaik seluruhnya, adakah kita masih nak menyalahkan puasa sebagai penyebab sakit kepala kita, kekurangan produktiviti kita? Semuanya adalah atas kelemahan diri kita sendiri yang tidak menyediakan diri pada tahap terbaik. Sepatutnya Ramadhan memberikan kesihatan yang lebih baik kepada yang mengambil manfaatnya, perkara ini telah dibuktikan oleh banyak kajian tentang amalan puasa.

Dengan kehadiran Ramadhan pada kali ini, panjatkanlah kesyukuran ke hadrat Illahi kerana memberi peluang kepada kita untuk berjumpa Ramadhan sekali lagi dan berpeluang menambah amal yang mudah untuk dilipatgandakan oleh Ya Rabb. Menyambut Ramadhan dengan hati yang senang dan gembira bukannya dengan rasa berat dan penuh bebanan menggunung. Akhir kalam, selamat berpuasa, tingkatkan amal, gandakan usaha yang mulia di bulan yang penuh barakah ini. Salam sayang dari Red Writer! Wallahu'alam.

kredit kepada artikel asal: Saifulislam.com

Selasa, 25 Ogos 2009

Ramadhan Kareem!!!






Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana telah memberi peluang kita sekali lagi pada tahun ini untuk menikmati bulan yang penuh rahmat ini. Bermacam-macam gelaran yang diberikan kepada Ramadhan. Bulan seribu bulan, bulan kerahmatan, festival bulan ibadah dan sebagainya. Walau apapun jua gelaran yang diberikan, Ramadhan menjanjikan 1001 keistimewaan kepada umat Muhammad SAW. Rugilah siapa yang tidak mengambil kesempatan dengan kehadiran Ramadhan dengan tidak menggandakan amal ibadatnya.

Berikut adalah antara keistimewaan Ramadhan yang harus kita ambil peluang:

1) Orang-orang yang berpuasa di bulan Ramadhan itu secara iman, dan dengan perasaan kerana perintah Allah semata-mata maka diampuni Allah SWT dosanya yang telah lalu sebagai mana hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang bermaksud:

“Dari Abu Hurairah r.a dari Nabi SAW berkata ia : “Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan dengan keimanan dan dengan perhitungan (dengan ikhlas semata-mata mengharapkan keredhaan Allah) diampuni Tuhan segala dosanya yang terdahulu”.

2) Pada bulan Ramadhan itulah mula-mula turunnya al-Quran sebagai mana firman Allah SWT di dalam surah al-Baqarah ayat 185 yang bermaksud :

“Adapun bulan Ramadhan itu padanya diturunkan al-Quran, akan jadi petunjuk bagi manusia dan jadi kenyataan dari petunjuk serta membezakan antara yang hak dan yang batil ”

3) Dalam bulan Ramadhan itu terbukalah pintu-pintu syurga, dan terkuncilah pintu-pintu neraka, bahkan syaitan dan iblis dibelenggu ketika itu. Sebagai mana hadis SAW yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang bermaksud :

“Dari Abu hurairah r.a bahawasnya Rasulullah SAW berkata: “Bila telah datang bulan Ramadhan, terbukalah pintu-pintu syurga, dan terkuncilah pintu-pintu neraka, dan terbelenggulah syaitan-syaitan”.

4) Puasa bulan Ramadhan itu diistimewakan oleh Allah SWT, untuk Allah sendiri dan Dia sendiri pula yang akan menentukan ganjaran. Sebagai mana hadis SAW yang diriwayatkan oleh Muslim yang bermaksud:

“Dari Abu Hurairah r.a berkata ia: Telah bersabda Rasulullah SAW : “Tiap-tiap amalan anak Adam dipergandakan pahalanya antara sepuluh sampai 700 kali, telah berfirman Allah ‘Azza Wajalla, kecuali puasa, kerana seseungguhnya puasa itu untukku dan Akulah yang akan membalasnya, ditinggalkannya keinginan hawa nafsunya dan makanannya kerana Aku semata-mata”.

5) Di dalam bulan ramadhan berlaku Lailatul Qadar yang mempunyai kelebihan pahala amalan kebajikan mendapat ganjaran seperti beribadah seribu bulanAntara kelebihan yang utama ialah ia mengandakan pahala ibadah. Diawal bulan ramadhan adalah kerahmatan, dipertengahanya keampunan dan diakhirnya dijanjikan terlepas dari api neraka. Sebagai mana berfirman Allah SWT dalam surah al-Qadar ayat 1-5 yang bermaksud :

“Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al-Quran) pada malam kemuliaan. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar”

6) Orang yang berpuasa pada bulan Ramadhan disediakan tempatnya di syurga suatu tempat yang istimewanya, pintunya bernama “Rayyan”, sebagai mana hadis SAW yang bermaksud:

“Dari Sahal bin Said r.a : “Sesungguhnya Nabi SAW bersabda : “Sesungguhnya di dalam syurga ada sebuah pintu yang dinamakan orang ar-rayyan yang akan memasukkannya pada hari kiamat orang-orang yang puasa dan tidak seorang juga akan memasukinya selain mereka”.

Jadi apa tunggu lagi, ayuh kita rebut peluang keemasan ini sebanyak mungkin.

sumber : iluvislam