BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Khamis, 30 April 2009

Survival Muslim


"Dunia ni hanyalah tempat persinggahan semata, akhirat jualah tempat yang kekal selamanya."

Begitulah bait kata yang acapkali diungkapkan saban minggu di semua masjid seluruh negara dalam khutbah Jumaat. Peringatan yang selalu dituturkan agar kita tidak lupa akan matlamat dan halatuju kita. Kerana manusia mudah lupa. Kerana manusia sering leka dan alpa. Kerana kehidupan di dunia ini menyeronokkan, kehidupan yang sementara ini dianggap syurga. Maka tidak hairanlah ramai yang sanggup bergolok gadai, membanting tulang, berhempas pulas, sehingga sanggup menipu, membunuh dan sebagainya hanya kerana inginkan kepuasan dan impian 'di sini'. Ini sudah melampau. 24 jam sehari diberikan hanya untuk dunia. 7 hari seminggu dibekalkan banyak kepada dunia. 30 hari sebulan? 365 setahun? dan sepanjang hayat kita, hanya untuk dunia semata? Bekerja, belajar, tidur, bangun, banyak kepada dunia. Ah! adil ke ni? berapa kerat sangat masa yang dihabiskan untuk akhirat?

Huh! Kita kata kita yakin dengan akhirat, kita membenarkan balasan syurga dan neraka Allah, kita mengiyakan kehidupan hakiki di akhirat. Tapi, adakah perlakuan kita menggambarkan keyakinan kita? Kalau kita yakin bahawa 'di sini' hanyalah tempat persinggahan, kenapa kita memilih untuk hidup dengan bersungguh-sungguh 'di sini'. Kenikmatan apakah yang kita dapat kalau umur hanya setakat 60 - 70 tahun? tuh, 'kat sana' yang kita nak kejar, yang kita nak capai. Kenikmatan abadi di akhirat kelak, insyaAllah.

Ya, 'di sana' tempat kita. Tapi, untuk 'ke sana' dengan jayanya bukanlah sesuatu yang mudah. Kerana 'di sini' banyak cabaran, halangan, mehnah dan tribulasi yang perlu ditempuhi. Ramai yang tewas kerana gagal dengan halangan ini. Gagal untuk mendapatkan kejayaan dan kenikmatan 'di sana'. Kerana dugaan 'di sini' amatlah keras, susah, payah. Cabaran itu datangnya dari tiga musuh kita yang utama iaitu:

  1. Musuh yang nyata - terdiri dari golongan manusia sendiri yang sedaya upaya menghalang kemaraan umat Islam dan golongan Soleh.
  2. Musuh yang ghaib - itulah dia Iblis dan Syaitan Laknatullah dan konco-konconya yang telah berjanji untuk menyesatkan manusia semenjak dari zaman Nabi Adam a.s. lagi
  3. Musuh dalam diri - siapa lagi kalau bukan nafsu kita sendiri. Penasihat peribadi kita untuk melakukan maksiat dan kejahatan.
Maka, dengan itu jelaslah akan kemana halatuju dan matlamat kita. Jelas juga halangan kebal yang perlu kita tempuhi sebelum sukses menggapai kejayaan hakiki di akhirat kelak. Jadi, tugas kita sekarang adalah dengan mempersiapkan diri dengan pengukuhan akidah yang sejahtera terhadap keagungan Allah Azza Wajalla, melaksanakan ibadah yang sebenarnya, dan mencantikkan akhlak dan peribadi kita sebagai seorang Muslim mahupun Muslimah. Tetapi, janganlah kejayaan ini dikecapi hanya untuk diri kita sendiri, ajaklah orang-orang yang disekeliling kita - keluarga, taulan, mate - untuk sama-sama bersama mencapai impian hakiki. Agar kita boleh survive hidup di tempat yang sementara ini, insyaAllah.

1 ulasan:

u. Masyitah berkata...

"Dunia ni hanyalah tempat persinggahan semata, akhirat jualah tempat yang kekal selamanya."

bagaikan mimpi sahaja perjalanan hidup kita nanti