BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sabtu, 7 Februari 2009

Al-Kisahnya Melayu Champa - Bhg 1


Assalamualaikum w.b.t

Nama diberi Muhammad Soleh, tapi nama rasmi dalam ic dan surat beranak Mohamed Seroleh, ha! Macamana tu? Mana satu yang betul ni? Nak panggil yang mana ni? Ok, entry kali ni bukan nak cerita pasal nama macam entry sebelum ni atau nak cerita asal usul nama tersebut macam entry yg dulu-dulu tu, tapi nak cerita asal usul diri sendiri. Pening tak? ala, korang baca je lah.

Niat dihati bukan nak mempromosi diri, tetapi ada cerita lain yang ingin diketengahkan. Seperti yang dinyatakan di kolum sebelah kiri, Melayu Champa adalah bangsa asal pemilik diri, Seroleh. Kenapa Seroleh? Memang orang champa pakai nama macam tu ke? Jawapannya ialah tidak, kerana adik beradik lain semua nama ok je, Faridah, Farid, Ashaari, Shukor, Abdullah, Yusof, Rozali dan Rozana. Jadi, nama Seroleh tiada kena mengena dengan bangsa champa.

Hmm, korang pernah dengar ke bangsa Melayu Champa? Ha, ni nak cerita nih.

Asal Usul Melayu Champa

Melayu Champa adalah salah satu bangsa dalam rumpun Melayu Nusantara selain Jawa, Bugis, Boyan dan lain-lain. Cuma dari segi geografinya, orang Champa tinggal di negara Indo-China seperti Kemboja, Vietnam dan Thailand berbeza dengan rumpun lain yang tinggal di sekitar Malaysia, Indonesia, dan Singapura. Kerajaan Champa telah bertapak lama di kawasan Indo-China dan pernah mempunyai sebuah negara yang sah pada tahun 1100 Masihi yang terletak di selatan Vietnam. Walaubagaimanapun, menurut cerita orang tua, negara tersebut telah tergadai dan telah menjadi salah satu wilayah di Vietnam. Ini adalah kerana raja Champa ketika itu telah berkenan dengan seorang puteri dari Vietnam dan telah menjadikannya Permaisuri beliau, tetapi entah macamana negara Champa telah digadai dan dijadikan sebahagian dari Vietnam. Hmm, tak pasti akan kebenaran cerita tersebut.


Kanak-kanak Melayu Champa di Kemboja

Orang Champa mempunyai bahasanya sendiri dan banyak juga perkataan yang seakan bahasa Melayu, nama pun satu rumpun, mesti ada persamaan di situ. Walaubagaimanapun, bahasa Champa adalah sangat berbeza sekali dengan bahasa Kemboja, Vietnam mahupun Thailand, cuma mungkin slanganya agak hampir sama dan makhraj keluar huruf pun lebih kurang. Jadi ramai yang keliru antara bahasa Champa dengan bahasa dari negara Indo-China yang lain. Berikut adalah contoh perbandingan antara bahasa Melayu, Champa dan Kemboja:

Melayu – Champa – Kemboja
Makan nasi = huak sai = si pai
Minum air = nyom I’a = phek dhek
Satu , dua, tiga = sa, dhua, klau = mui, pi, pei

Nak tau lagi cerita pasal bangsa Champa, tunggu keluaran akan datang yang akan menyentuh soal pemakanan, perkahwinan, adat resam, pekerjaan dan sebagainya. Tapi kalau tak sabar boleh cari sendiri, informasi di hujung jari. Wiki, Negara

p/s: Kalau nak belajar bahasa Champa bagitau, nanti boleh bukak kelas.

13 ulasan:

musafir berkata...

Wahaha...semangat seyh.(<---amatlah johor)

siap share sejarah

ya akhi..
gambar kanak-kanak melayu champa tu ada sikit-sikit macam enta....wahaa..jujurnya ana..

Tanpa Nama berkata...

ala, bukan semangat sangat pun, biasa2 je...
kang kata ana asobiyah pulak...
just nak share sikit2 apa yang ana tahu, huhu...

kalau parent ana tak datang sini, mesti ana ada skali dalam gambar tu, huhu....

Tanpa Nama berkata...

kalau nak tau sejarah pasal champa sila datang ke lama nweb saya di http://arafatweb.googlepages.comws.

Tanpa Nama berkata...

Aku ada tahu juga pasal champa. Tapi yang pasti, I'm addicted to cham/khmer food! best kan?

urangCam berkata...

assalamualaikum. Ohhh alhamdulillah nao pak Allah..siam biak anâk Cam rakni hu bac gilaong nau teanak..mada hu thau pandar IT, mebiai(meyai)English, mada hu nao tal Arab! Min..ilimo nan mada brei faedah ka CAM drei a? Drei njep(njauk) snâng ok! ^_^. Ralo gac(gaik) etnik Cam drei hu ka Islam o, anit ka khaol nyu.. :'-(

urangCam berkata...

Soleh said...
ala, bukan semangat sangat pun, biasa2 je...
kang kata ana asobiyah pulak...
just nak share sikit2 apa yang ana tahu, huhu... << As-sobiyah? Mcintai/mngenal bgsa/salasilah kturunan sniri = as-sobiyah ke??? Emm..peliknye..np eghh Allah x ciptakan kite smue jd bgsa Arab je supaya kite x perlu nak sobiyah2?? Np eghh Allah ciptakan warna kulit kite laen2, np ade PELBAGAI jenis kaum manusia di Bumi ni??? Np eghh Hishamuddin suruh giatkan subjek sejarah? Fahamilah erti as-sobiyah yg sbenarnye!

writer berkata...

to nai: hmm, pada saya, kalau mencintai bangsa melebihi agama sendiri, asobiyah la namanya. sedangkan Islam adalah keutamaan kita melebihi segalanya. tak salah mengenal bangsa, tapi jangan sampai melebihi kecintaan kepada Islam.

[Ab.ngah] berkata...

Mengapa Allah SWT ciptakan pelbagai bangsa? Rujuk Al-Hujurat (49):13.

urangCam berkata...

Rujuk jg ar-Rum ayat 22. Solleh, katamu mcintai agama itu adalah lbh awwalan dr sgalanya, apakah yg kamu lakukan DALAM agamamu itu utk bangsamu? Bknkah dirimu patut bersih dahulu baru bole mbersihkan org, biarpun org itu ialah anakmu yg baru lahir saat td? Apakah yg dirimu akan lakukan DALAM agamamu utk bangsamu? Boleh jwb soalan ni x..?

writer berkata...

Al-Hujurat,49:13, Allah menciptakan bangsa dan suku untuk kita saling mengenal, tapi yang paling mulia di sisi Allah ialah orang yang bertakwa. saya tidak pernah meminggirkan bangsa saya, tapi agama itu lebih utama. adakah manusia di dunia ini yang benar2 bersih dan benar2 baik? nak tunggu diri bersih dulu baru nak membersihkan org? sampai bila ye, mati hidup semula pun belum tentu kita akan bersih. tidak perlulah saya memberitahu org apa yang saya buat utk agama dan bangsa saya, cukuplah Allah saja yang tahu. Saya rasa perkara kecil ini tidak perlulah diperpanjangkan lagi kerana akan menyebabkan sesuatu yang tidak baik dalam hati. saya minta maaf. kalau ada apa2, boleh emel terus kepada saya, nonsense1843@yahoo.co.uk.

urangCam berkata...

Melayu – Champa – Kemboja
Makan nasi = huak sai = si pai
Minum air = nyom I’a = phek dhek
Satu , dua, tiga = sa, dhua, klau = mui, pi, pei....

Katamu bhasa kita serumpun dgn jenis Melayu yg lain, beri sj cth yg hampir. Inginku kongsikan sebahagiannya dgnmu di sini..

Sap Panuec Cam - Bahasa Melayu:
1)adei - adik
2)gita - kita
3)manyi - bunyi
4)bicar - bicara
5)aer - erti
6)panan - pandan
7)temkai - tembikai
8)baoh - buah
9)thau - tahu
10)bhum - bumi
11)nâgar - negara
12)hakik - sakit
13)ikak - ikat
14)bac - baca
15)Che/Cei - Che (gelaran)
16)Nai - Ning (gelaran)

...moga bmanfaat..

Unknown berkata...

saya ingin mengetahui mengenai melayu champa dengan lebih detail. diharap saudara dapat berkongsi maklumat. seandainya terdapat gambar-gambar mengenai melayu champa diharapkan dapatlah dikongsi bersama.

PCL berkata...

salam , adakah kebanyakan org2 champa tu muslim ?